Kelas ICT Tabika Kemas
10 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Julai 2015 hingga 9 Julai 2015 yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan Kelas ICT untuk pelajar TABIKA KEMAS Kampung Telaga Air. Program ini telah disertai oleh seramai 57 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring. Pada hari pertama program, peserta telah diperkenalkan dengan komponen komputer dan dilatih untuk menggunakan tetikus dengan aktiviti mewarna secara atas talian melalui laman E-Learning UpToTen. Selain itu, para peserta turut diingatkan tentang keselamatan di internet dan dinasihatkan supaya melayari internet dengan pengawasan ibu bapa. Pada hari kedua program pula, para peserta telah diajar untuk membuka perisian Word 2013 (Windows 8) serta dilatih untuk menggunakan papan kekunci abjad dan nombor. Peserta telah dilatih dengan menaip dan mengeja perkataan yang disebut dan visual yang dipaparkan di skrin. Pada hari ketiga program pula, para peserta telah menjalankan aktiviti pengiraan berdasarkan gambar atau visual yang dipaparkan serta menonton video pengajaran Upin dan Ipin bertajuk "Cuai, Cuai, Cuai…"
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: